Wednesday, May 7, 2008

SAWAH & BERAS : ITIK JAWA ITIK NILA

Ini yang dibawah tu, rebus ubi, kalau kesawah bawalah sekali dengan kelapa kukur,waktu rehat nanti buat habuan. Tak dapatlah nak digambarkan sodapnyo....

Rebus Ubi




Yang itu gambat sawah kek baruh, orang negeri macam tulah mana lembah ada air disitu dipanggil baruh............kalau kampong bahagian sawah dipanggil baruh kalau kekebun dipanggil darek.....











Ini itik nila, kalau musim kesawah dia pun sibuklah juga, mencari makan dilopak-lopak... untung nanti dapat makan anak ikan hari ni....agak nyo.
Yang itu gambat sawah kek baruh, orang negeri macam tulah mana lembah ada air disitu dipanggil baruh............kalau kampong bahagian sawah dipanggil baruh kalau kekebun dipanggil darek.....









SAWAH & BERAS: ITEK JAWA ITEK NILA
Sawah Padi dibaruh
Di awal tahun 60an, sawah padi menjadi sumber segala punca makanan. Raayat yang tinggal dikampung giat membuka kawasan baru yang bersesuaian untuk dijadikan sawah atau untuk dijadikan ladang menanam pelbagai pokok buah-buahan yang boleh dimakan.
Itik Jawa -Itik Telur..yang selalu yolong membersihkan rumapi dari lopak
sawah.


Begitu juga abah dan emak, saban hari mengerjakan sawah dan kebun sebagai medan menjana sumber makanan dan perbelanjaan keluarga. Selalunya kekebun dipagi hari dan petang selepas zohor kesawah meninjau padi yang ditanam.

Bila tiba musim kesawah menanam padi, meriahnya suasana tidaklah dapat digambarkan bukan sahaja kami adik-beradik bersama bermain dikeliling lopak sawah tetapi juga si-itik jawa dan si-itik nila. Abah dan emak menternak agak banyak juga dua jenis itik ini buat sumber makanan dan ada ketika bagi menampung perbelanjaan keluarga.

Itik jawa selalunya bertelur banyak,hampir setiap hari, ibu muda itik akan bertelur. Inilah salah satu sumber lauk buat kami sekeluarga. Jika banyak telur yang dipungut dari reban, ibu selalunya akan menjualnya kepada jiran yang datang membeli. Itik nila pula, besar sedikit saiznya badannya jika dibandingkan dengan iti jawa. Itik nila dipelihara kerana dagingnya,yang selalu disembelih,dimasak gulai cili padi atau gulai masak rempah. Ini sahajalah sumber protin,dari daging yang kami ada ketika itu,kalau tidak cuma sembilang, haruan,sepat dan puyu yang ditangkap dari lopak sawah sebagai gantinya.

Anak padi semaian yang baru, diubah atau ditanam dilopak sawah,perlu dijaga dan bersihkan segala rumput rampai yang tumbuh disekiling perdunya. Maklumlah rumpai air juga turut subur dilopak sawah yang berlumpur subur secara organik. Tiada baja kimia sebagai pengalak tanaman,juga tiada racun rumpai buat membersihkan lopak sawah dari rumpai air yang tumbuh melata.Hanya tulang empat kerat sahajalah yang digunakan buat membersihkannya. Orang kampung memanggil kerja ini “merumput” iaitu kerja yang dilakukan oleh abah,emak,kakak,abang dan adik-adik bagi membuang segala rumpai air yang tumbuh disekitar lopak sawah. Ini perlu agar pertumbuhan anak padi terus terperlihara agar nanti buah padi yang dikeluarkan berbuah kasar isinya atau baik padinya, tidaklah nanti ada “ padi hampa”.


Sambil merumput, kami adik beradik sempat juga bergurau senda, bermain lumpur begitu juga dengan si-itik jawa dan si-itik nila. Ketika inilah banyaknya rumpai-rumpai air yang tumbuh, si-itik jawa dan si-itik nila begitu heboh bunyinya, meragut anak-anak rumpai untuk dimakan juga ulat-ulat,serta serangga, juga siput-siput yang disedut dengan lahapnya Banyaknya keladi layau,anak rumput mensiang yang menjadi kegemaran si-itik jawa dan si-itik nila. Kata Uwan ada juga pokok batang gatal yang digemari itik-itik ini, sebagai pengalak untuk bertelur lebih kerap lagi.

Begitulah saban petang bila tiba musim kesawah kami sekeluarga akan “merumput” sehingga rembang senja.Keladi layau juga menjadi sumber sayuran yang sangat enak digoreng. Ketika itu tiada kecemaran,tiada racun rumpai juga racun serangga. Malah orang kampong lebih awal menanam padi secara organik. Tumbuhan serta rumpai air yang bolih dimakan ada dimana-mana. Kalau kini mungkin tiada lagi keladi layau,sudah pupus agaknya. Maklumlah,tanah yang dulunya dijadikan sawah padi kini menjadi hutan dara, ditumbuhi pokok-pokok liar, kerana tiada lagi siapa yang ingin mengerjakan sawah “tidak ekonomik” kata orang sekarang. Lalu tanah sawah dibiarkan tandus dan ada juga yang menanamnya dengan pokok kelapa sawit.

Ketika ini Negara dilanda krisis makanan, harga beras melambung tinggi, beras dari jelapang yang ada tidak cukup buat menampung keperluan raayat. Dunia menghadapi krisis, ramai nanti akan kebuluran, terutama Negara-negara miskin dibenua Afrika.

Yang pastinya benarlah kata orang-orang tua, yang kini telah lama meninggalkan kita.Tanah sawah adalah warisan nenek moyang, ada kekuatan dilopak-lopaknya, sawah lambang jatidiri bangsa. Sawah padi sebagai harta tanah lambang kesinambungan bangsa. Hakikatnya tanpa sawah padi tiada itu dipanggil kampung melayu yang sebenarnya.

Pernah tok dan uwan mengingatkan, jangan dibiarkan tanah sawah kontang dan tandus, semiskin-miskin kita nanti tidaklah kamu kebuluran,kerana masih ada sawah ditanam padi buat dijadikan beras sebagai makanan ruji. Kami masih ingat pesanan itu, sehingga kini tanah sawah masih ada, walaupun tiada ditanam padi.

Tak tahulah pada mereka yang telah menjadikan tanah sawah kebun kelapa sawit itu, kalau boleh pakat-pakat biji kelapa sawit direbus buat makanan ruji.Kenalah dikaji oleh pihak yang berwajib yang kononnya penuh innovasi.

No comments: