Berita diakhbar hari mengingatkan saya kembali akan kisah lama pada masa penghujung tahun-tahun 50an. Sememang nya dari zaman kerajaan melayu Melaka lagi, nasilah makanan utama bangsa melayu di nusantara ini. Yang menjadi sukarnya hidup ketika itu disebabkan oleh negara masih belum aman dan tenteram lagi. Padi yang dituai belum tentu dapat ditanakan nasi, mungkin padi disawah menjadi dan mungkin tidak. Kalau kurang air dilopak sawah, isi padi akan gersang. Hanya cukup buat dimakan sekali sehari sahaja. Maklumlah benih padi bukan jenis yang baik dan ditanam sekali setahun. Kalau padi menjadi, selalunya cukup buat dijadikan pengalas perut sepanjang tahun, kalau tidak terpaksa dicatu. Jika tiada cukup padi, selalunya abah dan emak akan meminjamkan padi sebuntil - dua dari keluarga dan saudara yang terdekat.
Hari ini, pemerintah baru diingatkan betapa pentingnya padi yang menjadikan beras yang semakin kurang, dihasilkan dan harga yang terus meningkat naik. Makanan harian raayat pun terlepas pandang oleh kerajaan yang memerintah. Merdeka sudah lebih 50 tahun tiada stok penimbal, tiada simpanan makanan yang setimpal. Soalnya dimana perancangan dan mengapa harus terjadi begitu. Dimana silapnya, adakah terus dibuai mimpi kemerdekaan selepas lebih 50 tahun menguliti kebebasan atau tiada lagi rasa derita serta susah raayat dihati mereka yang telah kaya-raya juga senang lenang. Pikirkan lah? kemana kita hendak dibawa.
No comments:
Post a Comment