Sejak merdeka puluhan suruhanjaya ditubuhkan oleh BN, ada yang dirajakan juga yang tidak. Kalau diamati hampir semua suruhan jaya yang ditubuhkan apabila ada berlaku desakan dan tekanan dari raayat atau badan-badan bebas yang berkepentingan. Ada suruhan jaya yang bersifat sementara untuk menyelesaikan masaalah yang timbul bersifat "Panadol Treatment" ada yang berterusan untuk kepentingan yang sedia maklum untuk satu-satu pihak.
Yang mutakhir suruhanan jaya perlantikan hakim dan diikuti oleh suruhan jaya Badan Cegah Rasuah.
Apa yang menjadi isu ialah, kenapa ini harus berlaku? Alasan dan desakan ini juga bersifat dan bermotif yang amat payah di pahamkan. Kalau dilihat dari segi bila dan mengapa suruhan jaya ditubuhkan apabila berlaku sesuatu tindakan yang menyalahi dan melanggar peraturan juga etika yang normal. Perbuatan atau perlakuan atau pengunaan yang menyalahi peraturan atau undang undang yang termaktub dalam perlembagaan, pertubuhan, organisasi, jabatan dan sebagainya. Tindakan oleh pihak yang diberi kuasa menjadi buntu walaupun cukup bukti dan alasan yang manasabah, lebih-lebih lagi jika isu yang ingin di-suruhanjayakan itu melibatkan mereka yang berkuasa, berkedudukan dan orang besar yang konon mereka adalah golongan elit dan bangsawan. Walaupun undang-undang dasarnya tidak mengira sesiapa. Bila ini berlaku dan berpanjangan tanpa penyelesaian maka bila didesak oleh orang awam maka ditubuhkanlah suruhan jaya.
Inilah yang berlaku saban tahun dibawah pemerintahan BN. Suruhan jaya demi suruhan jaya. Kita harus sedar, menubuhkan satu suruhan jaya melibatkan perbelanjaan yang besar, ini semua wang raayat yang seharusnya tidak dibazirkan. Pembayaran elaun, pengumpulan maklumat dan apa-apa sahaja yang berkaitan memerlukan peruntukan yang bukan sedikit jumlahnya.
Keputusan atau saranan dari suruhan jaya yang ditubuhkan belum tentu baik hasilnya. Malah kadang-kadang menimbulkan pelbagai masaalah lain. Keadilan belum tentu ditegakan, kerana mereka yang dilantik itu pun manusia juga.
Malah umumnya, suruhan jaya yang ditubuhkan ibarat melepaskan batuk ditangga, ada tujuan dan matlamat tersembunyi " hidden agenda". Mungkin ada juga saranan dan keputusan yang baik dirumuskan, tetapi pemerintah belum tentu melaksanakannya.
Lihat sahaja lah SUHAKAM, semenjak ditubuhkan apa yang terbekesan sangat. Kalau dilihat mereka yang menjadi ahli suruhan jaya, lebih-lebih lagi ketuanya adalah mereka yang jelas mempunyai kaitan dengan pemerintah. Ini sungguh memualkan.
BN telah acapkali mengula-gulakan raayat dengan suruhan jayanya.
Ini pula pelantikan hakim akan disuruhanjayakan. Natijahnya, kelompok ini dikenal pasti sebagai kalangan yang tidak berupaya menjaga dan melaksanakan keadilan itu sendiri di kalangan mereka.
Rasanya, para hakim dan ahli perundangan juga pengamal undang-undang telah hilang wibawa bila mereka perlu di suruhan jayakan oleh satu badan lain untuk kenaikan pangkat atau peningkatan hiraki dalam bidang kehakiman.
No comments:
Post a Comment