................Ini bangau
Yang ni wak wak................................................
Yang ni wak wak................................................
Alam persekolahan dizaman awal pasca kemerdekaan memang begitu terkesan dihati. Terutamanya ketika awal dinihari bila hendak mandi sebelum kesekolah. Dingin air perigi dipagi hari sungguh tak terperi dan sejuknya sampai ketulang. Tiada air dalam besi, air paip kata orang sekarang. Perigi yang digali abah, airnya penuh sampai tergenang dan amat mudah ditimba, hanya guna tempurung kelapa kampong yang agak besar saiznya. "Cebok tempurung" seakan timba amat besar jasanya, tanpa tangkai untuk dipegang itu sahaja yang ada. Tiada timba plastik yang mudah ada dimana-mana sekarang ini. Nun dihujung genangan air perigi kelihatan sarang berudu katak, tidak perlu diganggu kerana tiada apa mudarat kepada kami. Begitulah mesranya manusia dengan alam haiwan amphibia ini.
Kami kesekolah dengan bas jenama Bedford, bas berkepala lori yang dulu kenali dengan bas lactogen. Rangka badan bas dari kayu,tingkap pun bingkai kayu dan bila berjalan seolah-olah macam nak roboh "boneshacker". Maklumlah jalan pun bukannya bertar, jalan batu gerewel sejenis batu dari tanah merah. Bila balik nanti, semua baju akan bertukar warna, kerana habuk merah yang berterbangan kalau hujan lagilah teruk, kasut "Fung Keong" yang dipakai akan bertukar warna, merah tanah. Basuh macam pun takkan putih lagi, jadi disapu tebal dengan kapur kasut jenis berbuku yang mesti dicerna dulu dengan air. Beg sekolah pula adalah bakul rotan yang diayam bentuk empat segi bujur bertangkai besi, kalau hujan ditutup dengan kertas, kalau tidak buku habis basah.
Hari ini kalau ada rezeki, abah akan dapat memerangkap burung wak wak dihujung sawah berhampiran dengan batas sungai. Itulah makanan tambahan yang enak yang kami nikmati adik-adik beradik sekali-sekala.

Burung bangau juga ada, hinggap di belakang kerbau yang berkubang bila tidak musim kesawah. Tetapi, selalunya tiada orang kampung yang menangkapnya.
Siburung bangau dibiarkan berkelana dibelakang kerbau atau mencari ikan dilopak sawah. Si bangau dijadikan petanda. Bila ada bangau tentu banyak ikan putih,puyu dan sepat dilopak sawah yang berlubuk. Walaupun bangau sedap dimakan, tapi dijadikan kawan buat kejaran anak-anak seperti saya, ketawa seketika bila melihat bangau berlari, terkengkang dan ada kala tersandung kakinya sendiri. Begitulah indahnya panorama hidup didesa, tiada tekanan tiada tipu daya. Kami amat sedar, pimpinan negara berusaha seikhlasnya membangunkan negara, memajukan bangsa agar kehidupan yang masih asas dapat ditingkatkan.
No comments:
Post a Comment