Friday, July 10, 2009

Masa Dulu- Dulu

(Ah'lan Wa Sahlan')
Agak lama juga tak menulis, bukan apa sejak berberapa bulan yang lalu kurang sihat. Selalu sahaja sakit-sakit terutama di kaki dan bahagian perut. Malah akhir-akhir ini tersalah sahaja yang dimakan mulalah sakit-sakit itu datang. Maklumlah sekarang ini dah jadi warga mas, tidaklah secekap masa muda-muda dulu.
Walau bagaimana pun saya tetap bersyukur kehadrat Allah SWT,kerana tiada penyakit yang bukan2 dan kronik yang di hidapi. Syukur saya,terima kasih Tuhan kerana terus memberikan kesihatan dan kewarasan berfikir. Lebih syukur saya kepada MU Allah, kerana masih terus diberikan keimanan dan nikmat dengan rahmat Mu buat saya melalui kehidupan ini dengan tenang dan aman didunia Mu yang fana ini.
Sebenarnya kesakitan itu satu rahmah Allah SWT, ada orang kata itu musibah, bagi saya sakit-sakit yang sebegini adalah rahmah Allah SWT. Saya insaf, dan sedar rupanya sakit, menyedarkan kita bertapa lemahnya kita. Sesungguh ujian ini agak ringan, syukur Alhamdulillah kalau dibandingkan dengan orang lain, lebih berat ujian yang ditempuh didunia ini.
Sesungguhnya, saya syukur Ya Allah, hanya saya pohon agar iman dan taqwa terus hidup dan subur didalam jiwa ini.
Kali ini saya mengimbau kembali tahun-tahun akhir 50'an dan di awal 60'an,
Dizaman awal persekolahan, terkenang akan kesukaran yang dihadapi ditahun-tahun awal kemerdekaan negara.
Ketika itu kesedaran penting pelajaran untuk anak2 dikalangan ibubapa bertambah baik.2 orang kakak saya yang sulung, hanya bersekolah agama raayat. Abang dan saya juga adik2 pula dihantar kesekolah melayu atau sekolah inggeris.
Saya dan abang dihantar arwah abah kesekolah inggeris yang terletak dipekan kecil Bt Kikir.Ketika itu selain bahasa melayu, semua mata pelajaran lain di jar dalam bahasa inggeris. Saya terkenang akan jasa arwah abah, walaupun arwah berpendidikan sekolah melayu sebelum perang dunia pertama setakat darjah 3 namun selepas merdeka arwah abah mempastikan semua anak2 nya mesti bersekolah.
Paling saya kagum adalah kegigihan arwah abah, dalam mencari nafkah dan menyara keluarga, membesarkan anak2 seterusnya menentukan anak2 mendapat didikan yang sewajarnya. Kami ada 14 orang adik beradik. Hanya 12 yang masih hidup termasuk saya, 2 lagi saudara kandung kami telah lama meninggal semasa masih kecil lagi.
Arwah abah hanyalah orang kampung. Selain kekebun getah,adakalanya kesawah dan juga mencari rezeki dengan memandu kereta sewa di tempat kami. Apa yang amat terasa dihati saya, hampir saban hari arwah abah bekerja mencari rezeki, kalau tak kebun getah disebabkan hujan, arwah akan memandu kereta sewa mencari penumpang-penumpang yang ingin ke pekan kecil Bt Kikir atau ke Bandar Kuala Pilah.
Hampir tiap hari arwah abah akan keluar dipagi hari dan cuma kadangkala balik pada waktu tengah hari dan keluar lagi selepas zohor hingga lah ke petang sebelum senja.
Bila membayangkan 12 anak yang dibesarkan dengan segala kecukupan, tak termampu kita memikirkan buat masa sekarang jika kita ada anak seramai itu.
Saya dihantar bersekolah di sekolah rendah inggeris di pekan kecil Bt Kikir, kalau tak silap nama sekolah itu ialah"Standard Type Primary English School".
Saya selalu menaiki bas awam, ketika itu tidak ada pengangkutan khas untuk anak2 kesekolah. Oleh kerana masa itu negara masih baru merdeka, pasarana pengangkutan awam amat lah daif. Malah semua orang kampong berulang alik baik kemana pun mengunakan bas awam yang juga menjadi pengangkutan untuk kanak2 sekolah.Gambar dibawah ini,adalah jenis bas yang kami semua tumpangi pada masa itu. Kami mengelarkan nya bas "lactogen". Kepala bas adalah tinggalan lori British yang telah di ubah suai untuk dijadikan bas. Hampir semua rangka bas dibuat dari kayu, malah bingkai tingkapnya pun dari kayu. Bila bas bergerak semuanya akan bergoyang-goyang lebih lagi jalan kekampong adalah jalan tanah merah yang ditabur dengan batu gerewel merah. Berdebu-debu bila musim panas dan menjadi lopak lumpur bila tiba musim hujan.

Inilah rupa bentuk bas awam pada zaman itu, juga dikenali sebagai pengoncang tulang- "boneshacker"

Tambang bas dari kampong ke pekan kecil Bt Kikir hanyalah 5 sen untuk kanak2 dan 10 sen untuk orang dewasa. Kadang kala dapat juga saya menumpang kereta sewa arwah abah yang berulang alik dari kampong ke bandar Kuala Pilah. Jenama "Austin Cambridge Oxford" seakan kereta Batman. Dibawah gambar kereta itu yang masih ada di google image.


Sekian buat kali ini...hingga ketemu lagi.

No comments: