Sunday, July 26, 2009

DARI DURIAN JADINYA TEMPOYAK


Terkenang juo-lah akan juadah yang paling diminati bila tiba bulan ramadhan. Lebih lagi rindunya akan masakan yang selalu dihidangkan oleh arwah emak semasa masih dizaman anak2 dan remaja. Pada bulan ramadhan ini dapatlah kami adik-beradik merasa sesuatu yang istimewa dari adunan air tangan arwah emak. Gulai yang dimasak, kueh yang dibuat malah apa sahaja kudapan yang disediakan pada bulan ramadhan hasil rencahan arwah emak terus menjadi ingatan yang paling indah dalam hidup saya.


Cerita pasal pokok durian memang tak akan habis malah pada posting saya yang lalu pun cerita durian dan kali ini gambar diatas dijadikan ikon bila saya membicarakan durian dan segala hasil adunan serta campuran yang ada isi durian.

Yang paling senang dalam mengunakan durian selain dimakan begitu sahaja ialah dijadikan tempoyak. Lalu bila tempoyak telah cukup matang diambil dua tiga sudu untuk dijadikan sambal tempoyak. Kalau nak lebih sedap dan lebih berapi, tempoyak atau isi durian yang diperam diambil dan digaul dengan lada yang ditumbuk mentah dengan sedikit garam. Bagi saya dan juga seperti yang disyorkan oleh induk2 (mak saudara dikampong) dikampung "yang sodapnyo digaulkan dengan lado api yang baru di potik".Ditumbuk cili api yang mesti original pulak tu, bukan cili akar atau lada siam yang selalu ada banyak dipasar-pasar, tidak akan memberi sambal tempoyak tulen.
Pedasnya memanglah tidak dapat dibayangkan, ada yang sampai merah telinga dan kembang bibir. Tetapi pedas bagaimana pun tetap juga dimakan, kerana penangan sambal tempoyak orang2 kampung dinegeri sembilan memang "khaw". Yang tidak biasa dengan kepedasannya " boleh "moyonghau" dibuatnya. Maknanya tahap kepedasan yang paling tinggi. Sambal tempoyak selalu dijadikan pembuka selera atau " appertizer" juga "starters". Sambal tempoyak dihidangkan selalunya dengan gulai-gulai masak lemak cili api, seperti gulai lemak ikan sembilang, gulai lemak ikan keli, gulai lemak labu, gulai lemak pucuk ubi malah boleh juga dimakan solo sambal tempoyak dengan nasi yang masih panas, memang sedap.

Inilah sambal tempoyak dimana yang ini akan digaul dengan lada merah besar, tentunya tidak pedas dan kurang enak. Malah tempoyaknya kelihatan belum berapa jadi lagi. Bolehlah bagi mereka yang masih amatur dalam memakan sambal tempoyak.
Makanan tradisi yang selalunya ditambah dengan tempoyak sebagai bahan perisa memang banyak. Pelbagai masakan bergulai juga sambal yang dicampurkan dengan tempoyak sebagai bahan penambah sedapnya masakan itu. Selain dicampurkan dalam berbagai masakan ikan bergulai lemak cili api ada juga dicampurkan dalam sambal2, seperti sambal tumis ikan bilis, sambal tumis petai, sambal sotong,sambal udang, gulai lemak cili api rebung, pucuk paku, gulai keladi sawah dan banyak lagi.
Ini hidangan lauk pauk yang dicampurkan dengan tempoyak bagi menambahkan rasa dan selera.

Sekali jugalah saya memberikan "tribute" kepada gulai tempoyak daun kayu yang tidak mungkin ada saingannya sampai bila-bila, sedapnya, enaknya, lengkapnya daun-daunannya, rasanya yang tersendiri.

Gulai Tempoyak Daun Kayu adalah lambang masakan sejati orang2 kampung di negeri sembilan, dari dahulu hinggalah sekarang

No comments: