Bercempera - orang Negeri Sembilan menamakan "bercempogho" bermakna mandi manda disungai dikalangan anak2 - bukan mandi untuk membersihkan diri tetapi lebih kepada bersuka ria.
Ada beberapa beberapa tempat di tepian sungai menjadi lokasi berenang dan "bercempogho". Selalunya diwaktu petang selepas zuhor dimana cuaca terik matahari mula membahang. Di waktu sebeginilah saya dan ramai kawan dari kalangan melayu, cina dan india berendam dan bercempogho hingga lewat petang.
Begitu saban hari bila ada kelapangan saya akan ke tepian sungai Jempol, bermain "perang-perang" dimana tanah liat di tebing sungai menjadi bahan senjata yang di lontarkan kepihak lawa.
Seekor kerbau jantan sedang berkubang dilubuknya, terutama bila matahari naik tinggi dan di waktu cuaca yang panas terik untuk menyejukan badannya.
Walaupun kerbau suka berendam dan menyalutkan badan dengan lumpur malah kadang-kadang dilihat agak kotor. Tetapi bagi mereka yang tahu perihal kerbau,kubang adalah bagaikan tempat istirihat yang mesti ada untuk setiap ekor atau kumpulannya.Walaupun berlumpur kubang bagi kerbau dijaga kebersihannya. Kerbau tidak akan membuang najis nya didalam kubang. Kerbau membuang najis diluar kubang. Itulah istimewanya kerbau tidak seperti babi yang sedia kotor malah sentiasa bergelumang dengan najisnya sendiri. Jadi penyakit yang puncanya dari babi tidaklah menjadi satu keheranan bagi kita semua. Kerana babi itu adalah tempat segala penyakit bersarang.
Daging kerbau lebih enak dari daging lembu.Malah dagingnya yang boleh dikatakan "daging kerbau Organik". Kalau diperhatikan tabiat kerbau yang agak memilih bila memakan rumput dan rumpai di sekitar kawasan sawah sahaja, menunjukan kerbau adalah binatang yang pembersih.
Sekarang ini, kalau nak jumpa pesawah mengunakan kerbau untuk membajak memang tidak ada lagi. Saya sebagai anak kampong dipendalaman yang hidup pada zaman itu melihat arwah atok membajak sawah guna kerbau di Kg Tapak adalah satu kenangan yang tak mungkin dilupakan. Teringat semasa masih anak2 berlari-larian dibelakang bajak yang dipandu atok sambil ditarik kerbau jantan. Saat-saat sebegini tidak mungkin dirasai oleh anak-anak zaman sekarang. Hai..... bagaimana hati tak terusik mengenang kedamaian hidup ketika itu, walau pun serba kekurangan namun kebahagian begitu mudah menyapa jiwa.
Begitu hidup seharian dikampong ditahun awal pasca merdeka.
Teringat saya akan anak2 Pak Dollah anak Uwan Ijah juga Mak Cik Limah isterinya. Saya ketika zaman anak remaja berkawan baik dengan anaknya, abang Ujang dan Halim yang sebaya dengan saya. Mereka sekeluarga memang banyak memelihara kerbau. Jinak2 dan boleh ditunggangi. Jadi selalulah saya santai, menungangi kerbau milik keluarga ini dilopak-lopak sawah dan dipinggir kebun dikampong.
Apa yang terusik sangat dihati bagaimana haiwan ini, begitu mendengar kata tuannya. Seolah -olah begitu senang di suruh arah. Tidak seperti anak2 sekarang yang kurang sopan,degil dan selalu membuat hati emak dan abah tersinggung. begitulah dimasa zaman awal 60'an, hidup dikampong yang serba kekurangan, jiwa begitu dekat dengan alam semula jadi.
No comments:
Post a Comment