Puluhan sudah pilihanraya diadakan dibumi bertuah ini, hampir setengah abad yang dulunya perikatan dengan kapal layarnya dan barisan dengan dacingnya memerintah. Sebagai anak bumi Malaya yang dilahirkan sebelum merdeka begitu rasa bebas dan bertuah diawal tahun-tahun kemerdekaan. Betapa tidaknya, berbagai peristiwa pahit yang dialami disekitaran tahun awal lima puluhan, walau masih hingusan masih terbayang perit dan deritanya hidup pada masa itu. Kakak-kakak serta saudara-saudara menceritakan suasana yang mereka lalui pada zaman Inggeris kemudian penjajah Jepun, selepas itu Inggeris kembali menjajah dan dituruti komunis yang sempat bermaharajalela selama dua minggu. Saya masih anak-anak lagi, namun kepayahan tidaklah dapat diungkapkan, bahang serta perit derita dijajah serta ditekan undang-undang darurat membuat hidup begitu terkongkong dan terkurung.
Fajar kemerdekaan terserlah pada Ogos 1957, atas keringat dan usaha pejuang bangsa, mula dari penentangan pelbagai pahlawan melayu, Tok Janggut, Mat Saman, Rahman Limbong, Dato Sagor dan ramai lagi pahlawan melayu terbilang. Diteruskan tuntutan kemerdekaan oleh Pak Sako, Ahmad Boestamam, Baharudin Helmi , Dato Onn, Zaaba dan ramai lagi pejuang bangsa.
Kemerdekaan negara dapat dikembalikan kemudiannya oleh Tunku, Razak, Dr Ismail malahan ramai lagi yang berusaha untuk menebus maruah sebagai bangsa dan negara merdeka.
No comments:
Post a Comment