Podehnya lado, sudah lah tentu. Kalau tak podeh tak dinamokan lado. Podeh atau pedas memang satu ungkapan yang biaso didengar dalam masyarakat melayu di Negeri Sembilan.
Lado Api Kampong Negori. |
Kalau dikampong, orang negori sudah pasti menanam sepokok dua cili api kampong. Kalau nak dapatkan cili kampong "original" pergi lah ke Pekan sehari Batu Kikir, melambak lado api kampong.
Malah nama "podeh" pun di abadikan pada sebuah pekan kecil dan kampong yang terletak didaerah Rembau.
Pekan Pedas atau lebih dikenali sebagai "Podeh" oleh orang negeri terletak sekitar 20 km dari Bandaraya Seremban arah selatan. Pekan "Podeh" bolih di datangi melalui pelbagai arah, kalau dari utara-Bandaraya Seremban,Kuala Lumpur terus gunakan lebuhraya PLUS dimana ada persimpangan keluar ke "Podeh". Kalau dari Bandaraya Seremban atau sekitarnya bolih juga ikut jalan lama Seremban -Tampin. Kita akan sampai ke pekan "podeh", salah satu pekan kecil dalam Daerah Rembau. Chembong pula kawasan perindustrian serderhana besar pula terletak sekitar 1 km dari Pekan Podeh. Ramai yang tak tahu di Chembong terletak kilang terbesar Syarikat Perusahaan Antarabangsa "Nestle" di dunia untuk jenama "Milo".
Kilang Milo Nestle terbesar di dunia. |
Wet World - Air Panas Pedas. |
Ramai orang mengakui kebaikan mandi dengan Air Panas, hasil endapan berlerang dikawasan ini, untuk terapi penyakit kulit dan lengguh2 sendi. Datanglah, tak jauh pun dari Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment