Saturday, January 24, 2015

Tak ado boreh, Ubi pun jadilah poyonda porut.



Cerita lama Tok, orang sekarang mana suka makan ubi lagi. Ubi kentang boleh lah, lagi sedap "french Fries" dari ubi kayu,....kentang boleh buat "mash potato" , kentang lenyek, dan banyak lagi.

Tak banyak mano pun, itu jo lah yang orang sekarang tahu, ubi kayu tu nak buat apa? Buat kerepek yo lah, Tak po, apo nak kato lah...Cubalah rebus ubi kontang minum dengan kopi O paneh...apo macam? boleh tak agaknya...dari raso kentang dan kopi panas..ado kesesuaiannya tak? Itulah mano nak samo minum kopi O paneh dengan ubi rebus dan dicecah dengan kelapa parut lagilah sodap.
Ubi Kayu yang baru gali keluar.
Ubi kentang selain dilenyek dan di potong memanjang, hanya boleh dijadikan "Fries" je. Jejari kentang goreng.  Apo laei boleh dibuat dengan ubi kentang? Jadi rencah gulai, gulai kari, gulai kurma, gulai lemak cili padi. itu sahajalah... Ni yang orang barat suko makan, kentang lenyek atau Fries. Tak kreatif mano pun hidangan yang dapat dibuat dengan ubi kentang.
Ubin Rebus Poyonda Poyonda Porutt Zaman Dulu.
Dahulu, zaman dulu-dulu rebus ubi kayu menjadi teman kopi O bila minum petang atau pagi. Ubi kayu banyak ditanam sekeliling rumah. 5-6 bulan selepas ditanam, dapatlah kita hasilnya. Ubi kayu sungguh senang ditanam  cucuk sahaja, In shaa Allah. hidup, lebih lagi kalau musim hujan.  Ubi kayu bagi kami dikampong waktu zaman belum merdeka banyak sangatlah digunakan. Macam2 jenis masakan yang dibuat dari Ubi Kayu.


Jadi siapa yang lebih kreatif  untuk memasak ubi kayu dalam pelbagai makanan dan kueh mueh. 
Yang paling asas dan paling mudah di kendalikan , Ubi Rebus lah, makan dengan kelapa parut. Memang itulah yang terbaik pada waktu petang dijadikan hidangan snek dengan air kopi. Ada juga yang lebih suka makan ubi rebus dengan sambal dan gula..

Asam Rebus Ubi Kayu
Banyak lagi kurnian Allah Subhanahu Wa'taala dengan ada nya ubi kayu pada zaman-zaman 50'an hinggalah ketahun-tahun 60 an. Ubi kayulah menjadi poyonda perut , baik untuk minum pagi dan minum petang.


Kalau tak ado pun lauk, ubi jadikan lauk dan sayur. Ubi kayu di buat asam rebus. Tak tahulah biasa ke tidak orang muda sekarang dengan masak ubi kayu asam rebus. Kalau kena caro buatnya, kuahnya bukanlah main sedap dihirup.

Bingka  Ubi
Talam Ubi
Lopek Ubi, adao raso , ado rupo
Yang ini lagi lah sodap kalau dijadikan kueh, Dulu arwah omak, paling lah pandai dan sodap sekali buat lopek ubi... lopek atau lopeh... sekarang ado juga sekali sekalo orang buat , jual di pasar tani atau pasar malam....tapi raso dan rupo amat jauh bezanya. Kalau ado pun rupo eh.. pucat yo...rasanya lagi lah macam2....lopek ubi yang patutnya manis jadi lomak masin...memang tak kena gaya. Dulu arwah emak buat jauh beza dengan yang ado hari ini. Rupanya  ado...merahnya ..merah gulo anau...raso memanglah tobaik...sari gula anau nun jauh menyerap dalam serat ubi kayu. Meleleh gula anau yang kasar-kasar tu masuk ke mulut.




Macam mana tak sedap cara orang dulu2 buat, semuanya dengan kederat tangan je, tak pakai mesin..Mano ado mesen.. blenda ko processor ke.....yang saya lihat dulu,...lepas saya tolong galikan pokok ubi kayu yang banyak tumbuh keliling rumah,...saya basuh dan tolong kupaskan kulitnya. nanti lepas tu mak akan parut ubi dengan parut tangan. Selepas semua di parut, ubi yang dah berubah bentuk yang rupa macam bubur tadi diperah dengan kain putih bersih. Pengasingan air perahan yang seolah-olah tepong yang dicairkan dan ubi yang tinggal dalam kain perahan diasingkan.. Lalu digaul dengan gula anau yang dihiris halus. Di bentuklah lopek tadi di bungkus dengan daun pisang yang siap di layu .Selepas itu bungkusan lopek ubi tadi direbus dalam periuk sehingga mendidih. Bau dan aroma lopek tak dapat nak di ceritolah...saya dan adik beradik tekun menunggu sampai ia masak dan kemudian dibiarkan sejuk dulu...kalau yang baru keluar dari rebus terus hendak dimakan....locot lidah...,,,,,,,,,,,,,
Locot lidah...maknanya...boleh cedera lidah nanti sebab panas.
Macam2 lah lagi, kreativiti masakan berasaskan ubi kayu pada zaman dulu, Ubi kayu dijadikan kueh bingka...kueh talam., dibuat pengat..buat kueh kek.... buat kremis, kini dijadikan snek semacam fries ...dan macam-macam lagi dari ubi kayu.
Namun kini ubi kayu bukanlah murah dan senang didapati, malah ubi kayu kadang susah nak jumpa. Sekarang, harga hampir RM4.00 sekilo...Tahun 50 an hingga awal 70 an....kalau nak ubi pergi saja mintak kepada mereka yang menanam pokok ubi...10 sen sahaja sepokok...kalau banyak ubinya untung, kalau kurang beli lagi sepokok. Biasanya  percuma sahaja, tetapi bila ubi yang diberi dah jadi lauk atau kueh...faham-fahamlah cara hidup dikampong...hantarlah sepinggan dua kepada tuan rumah empunya ubi tadi......begitu adat berjiran, bersaudara, dan sekampong.

Ubi kayu yang kini ada harga, ...tetapi ubi kayu dizaman lampau umpama penghubung  silaturahim..beri memberi...raso..meraso...yang kini semakin pupus adat ini. Kemesraan antara sesama jiran pun hanya berkala sahaja... Itulah sedikit cerito lamo...lamo tapi penuh berpeistiwa..










No comments: