Masa sekarang memang jauh beza dari masa sekitar 50- 60 tahun dahulu, tak ada musim jerebu yang sedang kita semua hadapi sekarang. Sudah hampir 2 bulan kita alami musim kerebu, saban tahun, cuma tahapnya yang berbeza. Jerebu tetap datang setiap tahun sejak satu dekad yang lalu.
Dari mana datangnya jerebu, mengapa dan bagaimana? Memang agak payah juga nak terangkan...kerana tak banyak maklumat tentang mula berlaku jerebu.Yang kita tahu akibat pembakaran hutan, juga disebabkan tanah gambut yang luas diselatan Pulau Sumatera dan juga dari kepulauan Borneo bahagian Indonesia, Wilayah Kalimantan.
Ini nama nya "Memerun" |
Sekarang cuma berbeza, penanaman semula dibuat lebih teratur, tiada pembakaran dibenarkan...batang sawit tua dihancurkan guna mesin dan dibiarkan mereput menjadi baja organik. Jangan tak percaya...tetapi bagi saya...kerana tak ada apa yang hendak dibakar dan diperun. Misalnya...kayu getah..tidak ada lagi pekebun kecil nak bakar, terutama batangnya ada harga ...beribu2 harga seekar untuk batangnya sahaja. Cuma yang perlu dibakar ranting2nya. Kalau dulu pun tak dibakar juga, cuma dijadikan bahan api untuk memasak kerana itu ada dapur kayu. Bukan dapur tu dari kayu...tapi kayu getah tu yang jadi bahan sumber tenaga untuk memasak lauk pauk.
Kebakaran tanah gambut - Kalimantan. |
Sekarang memanglah susah nak tengok kayu getah jadi bahan api, rumah dah cantik lagi moden, pakai kayu getah untuk bahan bakar "berjelagalah" rumah. Rumah batu pulak tu..memang tak ada pun, mereka yang tinggal dikampung pun tak guna kayu getah sebagai bahan api.Semua dah pakai dapur dengan bahan bakar gas asli. Yang pasti lebih mudah dan bersih, lagi pun hidung tak "berjelaga" dan muncung pun tak panjang nak tiup bara kayu api supaya marak.Lebih lebih ramai orang asal kampung dah duduk dibandar-bandar dalam taman2 perumahan jadi mana ada dapur kayu lagi.
Sumber kayu dari pokok getah sudah ada nilai ringgit pulak, buat perabut dan pelbagai benda lain.Itu lebih menguntungkan pekebun atau pemilik ladang getah. Sama juga dengan pokok kelapa sawit, orang dulu kata kelapa bali dimana batangnya diproses buat "papan lembut" - "soft board" lah tu agaknya atau "chip board" dijadikan papan lapis, daunnya diproses jadi makanan ternakan dan lidi daun jadi penyapu. Jadi mana sempat nak " memerun" eh... membakar.
Ada tidak sumber jerebu dalam negara dari pembakaran batang padi disawah-sawah dibahagian utara Semenanjung. Tak taulah masih ada lagi atau tidak?
Berbalik kepada musim jerebu yang kita sedang hadapi sekarang ini, sebelum datangnya musim Tengkujuh atau musim hujan pada November hingga March setiap tahun, terimalah musim terbaru ciptaan manusia ini.
Kebakaran tanah gambut di Selatan Sumatra. |
Kawasan tanah gambut sememang rata dan luas dan nilaikan sebagai aset yang rendah. Inilah yang menyebabkan tanah2 gambut dan paya menjadi rebutan, syarikat-syarikat besar dan sederhana juga peneroka kecil untuk dijadikan ladang tanaman sawit. Setelah parit2 digali bagi mengering kawasan tanah gambut...lapisan pokok mati yang tertimbus tanah menjadi kering dan begitu mudah terbakar.Tetapi kebanyakannya sengaja dibakar bagi memudahkan kerja2 "tebus tanah" atau membuka kawasan tanah baru untuk dijadikan ladang2 sawit dengan kos yang rendah. Kerana dari bulan Mei hingga Oktober sememang musim kemarau dan panas yang memudahkan akitiviti pembakaran pada kos yang rendah tanpa memperdulikan risiko dan kesehatan manusia.
Indonesia yang kita semua tahu ingin juga meningkat maju dan ingin menjadi pegeluar minyak sawit terbesar dunia. Jadi ramailah perlabur luar Indonesia yang datang untuk membuka ladang-ladang baru dan termasuk juga yang datang dari Malaysia.
Apa pun inilah yang saban tahun datang musim jerebu yang sudah pasti menjadi keresahan rakyat, disebabkan cuaca yang kurang sihat menjejaskan aktiviti rakyat, kesihatan dan pencemaran yang teruk yang menjejaskan mutu alam sekitar. Meningkatnya perbelanjaan untuk perubatan dan menghadkan aktiviti luaran.
Membakar menjimatkan kos-ingatan kapitalis. |
Jadi kalau kita halusi dengan jujur, semua ini dilakukan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri. Kerakusan tangan manusia dalam mencapai cita-cita kemajuan dan sikap kapitalis dan keuntungan semata, manusia sanggup merosakan bumi ciptaan Allah SWT ini.
Inilah kebencian yang difirmankan Allah SWT, terhadap mereka yang melakukan kerosakan dimuka bumi ini. Sebagai mana firmannya pada ayat2 berikut.
Tetapi yang pasti manusia tidak perduli...cuma kita wajib muhasabah diri...Bencana dan musibah akan melanda semua bila bala diturunkan Allah SWT. Bukan hanya mereka yang menyebabkan musibah kerebu yang akan diberi bala...tetapi manusia lain juga akan ditimpa bala bencana.
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ قَالُوٓا۟ إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ
Dan bila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan".
QS. Al-Baqarah [2] : 11
وَإِذِ ٱسْتَسْقَىٰ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِۦ فَقُلْنَا ٱضْرِب بِّعَصَاكَ ٱلْحَجَرَ ۖ فَٱنفَجَرَتْ مِنْهُ ٱثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًا ۖ قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْ ۖ كُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ مِن رِّزْقِ ٱللَّهِ وَلَا تَعْثَوْا۟ فِى ٱلْأَرْضِ مُفْسِدِينَ
Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing). Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan
QS. Al-Baqarah [2] : 60
Allah SWT JUGA MAHA TAHU.
No comments:
Post a Comment