Wednesday, May 29, 2019

Ulaman Buah Jering

Ulam-ulaman yang dimakan oleh orang dulu-dulu bukan hanya dari daun-daunan atau pucuk pucuk kayu sahaja. Apa sahaja jenis pucuk dan daun2 kayu yang ada rasa asam,manis atau masin akan menjadi ulaman2 segar ketika makan sebagai bahan cerna dan pembuka selera.Khasiat ulam-ulaman memang terbukti kebaikannya kepada kesihatan tubuh badan. 
Pada tahun2 50'an,60'an sehinggalah tahun 80'an sumber ulam-ulaman memang senang didapati dengan cara mencari sendiri didalam hutan dipinggir kampong2 atau didalam kebun getah dan mudah pula dibeli dipasar-pasar  pagi. Pada masa itu, orang kampong berjualan dipasar-pasar pagi atau pekan sehari (pekansari - pasar jualan pada hari2 tertentu disebuah kampong,mukim atau pekan kecil yang berdekatan. 
Di pasar sebeginilah kita dapat membeli pelbagai barangan keperluan dapur juga barang2 lain.


Pada masa itu mendapatkan ulam-ulaman mudah dan murah. Kalau yang rajin bolehlah mencarinya dihutan atau kebun2 getah dipinggir kampong yang tentunya percuma dengan bermodalkan usaha,rajin dan sedikit tenaga juga masa.

Jering antara buah ulaman yang digemari oleh orang2 kampong,sebagai pembuka selera serta mendapat khasiat secara alami. Walaupun pada masa itu, memakan ulaman jering hanya umum digemari kerana khasiat serta ulaman dimakan dengan makanan yang lain. Tidak ramai orang kampong yang tahu secara berilmu tentang kebaikannya melalui kajian sain sekarang ini, hanya pesan dan ungkapan dari orang yang lebih tua, memberi tahu akan khasiatnya dan juga cara memakan dan pantang larang menurut nasihat tradisi turun temurun.  
Jering Muda
Orang2 dahulu berpesan lebih tua jering lebih sedap dibuat ulam dan banyak khasiatnya. Jering tua boleh makan dan juga dimasak dengan banyak cara. Selalunya jering yang tua dan hampir cambah lagi sedap dibuat gulai atau sayuran yang dimasak. Lagi kuat baunya lagilah sedap dimakan. 
Memanglah pada masa sekarang amat berbeza, orang2 muda mungkin tidak mahu memakan jering kerana buangan cernaan memakan jering sangat kuat baunya bila kencing. Maka gaya hidup anak2 zaman sekarang agak payah menerima hakikat bau hancing jering. Maklumlah gaya hidup moden dan gaya pergaulan dikalangan orang2 sekarang berbeza. Jering yang boleh mencemarkan bau harum tandas dalam rumah dan bau mulut yang menganggu rakan2 sekeliling menjadi satu sebab jering dijauhi. 

Umumnya orang2 lama tahu hakikat dan kenyataan ini. Jering yang banyak khasiat dikesampingkan kebaikannya demi gaya hidup moden. Jadi tidak heranlah kini penyakit bercambah sebagaimana jering yang cambah. Walaupun umum mengetahui akan khasiat jering seperti melindungi penyakit kencing manis, darah tinggi, serat yang tinggi baik untuk usus dan meningkatkan imuniti tubuh badan, namun memakan jering berlebihan juga ada bahayanya mengikut pesan orang dulu2. Bagi mereka yang belum biasa dengan ulaman jering,eloklah memakan jering2 muda, kerana jering yang sudah tua mengandungi kadar asid-adjenkolik  yang tinggi dan boleh menjejaskan fungsi buah pinggang yang lebih dikenali pada zaman dulu sebagai "jerat jering". Bagaimana pun kebaikan jering jauh lebih banyak dari keburukannya, cuma sikap serderhana itu amat penting, memakan apa sahaja yang berlebihan memang membawa mudarat. Memakan 1-3 biji jering pada setiap kali waktu makan sudah memadai bagi kita menafaatkan kebaikannya untuk kesihatan.

Jering Basau - Jering Canbah
Yang sering dimasak sebagai lauk adalah jering yang basau atau cambah. Pelbagai resipi masakan digunakan. Yang paling popular - jering dimasak lemak lado api. Ada juga jering dimasak sambal dan ada yang dihiris halus untuk dimasak dalam pelbagai cita rasa.

Jering adalah ulaman pilihan orang kampong dimasa dahulu, sebagai sumber khasiat untuk tubuh badan. Yang mana masa dulu-dulu jering juga menjadi masakan pilihan bila musim buah jering tiba. Mempelbagaikan jering menjadi masakan atau sayuran yang di olah dengan bermacam rupa masakan.

Jering Masak Lemak Cili Api
Jering Masak Sambal
Masih segar dalam ingatan, emak menjadikan jering sebagai  sayuran juga lauk. Emak saya selalunya memasak jering lemak lada api.Emak saya mengupas jering yang agak tua, lalu dilonggokan di pangkal rimbunan pohon pisang yang mana tanahnya agak lembab. Setelah lebih kurang seminggu jering mula cambah,akar dan anak mata tunas mula kelihatan. Jering ini dipungut kembali dan dibersihkan. Arwah emak akan menumbuk setiap belahan jering hingga retak,ini bagi melembutkan jering. Kadang2 jering dibuat sambal dengan menghiris nipis buah jering. Kalau yang muda elok dibuat ulaman segar.

 

 

No comments: