Saturday, October 18, 2014

Keladi Layau - Siput Kijing


 

Sumber sayuran orang kampong dulu2.

Lama tak menulis tentang cerita saya masih kanak-kanak lagi. sekitar hujung 50'an dan 60'an. Malaya baru lepas merdeka, kini saya dah masuk kelab warga emas. Perjalanan kehidupan yang merentas zaman. Generasi sekarang pun dah tahap Y. Saya anak-anak yang dilahirkan zaman "baby boom".

Sawah padi yang tak dijadikan lagi....

Zaman "baby boom" sekitar  penghujung tahun40'an hingga 60'an. Zaman lepas perang dunia ke-2, bila Jepun kalah dan blok nazi Jerman juga roboh. Walaupun dunia mula kembali aman. Tetapi Malaya atau Tanah Melayu belum aman lagi. Bila Jepun kalah dan balik kampung mereka di Jepun mulalah masa'alah lain pulak datang. 

 Parti komunis menjadi masa'alah kepada Tanah Melayu. Yang British ini pulak bila Jepun kalah,datang balik menjajah Tanah Melayu. Maka bermacam-macam lah perkara berlaku. Komunis semakin berani, membunuh, membakar dan macam hal dilakukan untuk menggugat pentadbiran British di Malaya. Askar Melayu mula ditubuhkan bagi melawan balik komunis bersama dengan tentera  British. Macam2 bangsa askar ada di Malaya masa itu, askar British, Australia, Gurkha, Fiji dan banyak lagi.

Menjala Ikan di Sungai Jempol..

Maklumlah penjajah datang itu pun banyak sebab musababnya. Selain dari Empayar British yang kuat pada masa itu, masih belum puas merampas dan memunggah segala sumber hasil bumi di Tanah Melayu. Getah dan Biji timah lah yang mereka labakan, hingga dibawa masuk ke Tanah Melayu pekerja dan buruh dari tanah besar Cina dan India. Orang India bekerja di estet dan Cina dilombong. Mereka datang sejak awal British menjajah pada akhir abad ke 18 lagi. Selepas perang dunia kedua tamat bertambah ramai lagi datang.

Bangsa Cina yang telah datang dari awal lagi telah mula bersatu dari kumpulan yang kecil2 bekerja dilombong bijih dan berniaga menubuhkan kumpulan2 haram diantara mereka dan ini semakin kuat kesatuan mereka dari masa ke semasa.

Orang melayu sekitar tahun 50'an masih belum teguh bersatu, memang ada persatuan orang Melayu Islam mula bersatu dengan aliran masing2.

Salah satu hobi saya, bercempera di Sungai Jempol

Tak mahulah saya nak ulas panjang tentang kesatuan melayu. Namun yang pastinya, orang Cina lebih berpadu dalam kesatuan mereka. Mereka lebih berpengaruh dan pandai memainkan emosi dikalangan mereka. Sikap mereka yang lebih mesra dengan British membuatkan mereka bangsa yang disenangi oleh orang putih masa itu. Pelombongan bijih timah semakin giat dilakukan oleh penjajah dengan orang Cina yang telah ramai menjadi taukeh2 besar. Ramai dikalangan orang Cina yang ada pelajaran dari tanah jajahan British di Hong Kong mula datang memulakan pelbagai aktiviti perniagaan ditanah Melayu setelah perang dunia ke-2 tamat. 

Di zaman akhir tahun 40'an hingga 50'an ini mulalah ada dikalangan anak2 bangsawan melayu mula belajar diluar negara dengan tertubuhnya kolej melayu kuala kangsar. Tak ramai, hanya anak2 bangsawan dari kalangan anak2 raja dan pembesar2 melayu ketika itu. Peranan Raja2 melayu amat terbatas ketika itu, pergaduhan dan selisih faham dikalangan mereka pun begitu hebat,kerana kuasa dan sikap ingin bersekongkol dengan penjajah.

Saya rasa tangguh dulu cerita dan peristiwa ketika era takluk Jepun dan Ingerris datang lagi. Tangguh dulu......baik kita cerita bab tangguk...

Gambar ini digelar tangguk oleh orang dulu2.  Tangguk ni berbentuk yang serupa je, cuma dulu tangguk dibuat dari bahan semula jadi, jalannya dikait sendiri dan bingkainya diraut dari rotan yang diambil dari hutan berhampiran rumah.

 
Tangguk Ikan...berguna kalau nak tangkap Ikan semilang, yang menyuruk.
Tangguk digunakan untuk menangkap ikan ketika musim menuai padi hampir tiba. Dulu semua orang bersawah..  menanam padi. Tak ada padi tak ada beras. Jadi, bila air didalam sawah mula di keringkan agar kita mudah melakukan tuaian padi bila masak nanti. Selain mengaut ikan kedalam tangguk, digunakan juga untuk memungut ikan yang ada dalam lumpur sawah atau lopak2 di padang.

Dulu bonda...sungai belakang rumah banyak Kijing.

  Ini siput kijing namanya. Kijing boleh didapati sepanjang tahun dari tali air atau sungai dibelakang rumah saya. Dulu walaupun sungai atau tali air menjadi nadi dan sumber air buat bertani. Bila tiba musim menanam padi air sangat penting untuk pertumbuhan benih padi yang di semai. Setelah di ubah kedalam lopak sawah lagilah banyak air yang diperlukan. Air yang bersih dan tidak tercemar menjadi indikasi kualiti padi masa itu. Air begitu banyak dan sentiasa mengalir deras di Sungai Jempol. Jadi tak heranlah segala bentuk kehidupan didalam air begitu banyak. Kijing sejenis siput yang hidup didalam air yang bersih yang mengalir. Kami selalu pungut kijing, selalunya selepas hujan. sekali pungut boleh dapat sampai setengah tin minyak tanah, lebih kurang 5-6 kilo sekarang..dulu kira kati. Memang cukup buat lauk, satu dua hari. Kadang kala dibuat gulai lemak cili padi, atau di goreng berlada sahaja. Jadi kami selalulah menjadikan kijing sebagai sumber protin keluarga kami yang ramai. 

Kijing memang mudah dan banyak terdapat masa itu, pungutlah banyak mana pun, tak pernah putus hasilnya, hanya kami anak2 yang lelaki perlu menyelam sambil memungut kijing didasar sungai atau juga bonda air. Kadang guna tangguk atau sauk rotan dengan cara menyauk lumpur dan pasir didasar sungai. insya allah tiap kali di sauk pasti ada kijing yang tertangguk.

Namun, kijing semakin kurang dan pupus, bila kerajaan mula membina saluran air yang moden bagi mengalakan raayat, menanam padi - 2 kali setahun, bagi mendapatkan hasil yang lebih. Cara penanaman, pengunaan baja dan racun menjadi titik mula kepupusan siput kijing, 

Itulah pengorbanan permodenan dalam sektor pertanian, sungai menjadi tercemar dengan racun dan baja kimia yang digunakan bagi penanam padi 2 kali setahun. Maka pupuslah siput kijing dan hidupan sungai...kerana pencemaran...zaman tu manalah orang kampong tahu bab-bab pencemaran. Cuma mereka begitu tertarik dengan penanaman padi 2 kali setahun, nanti hasil bertambah. Nanti dapat jual padi bagi menampung perbelanjaan keluarga.









No comments: