Thursday, January 2, 2025

Gulai Jangek - Belimbing Buluh.


Hari minggu yang lopeh poei kenduri kahwin di Rombau, Kenduri caro orang kampong. Payah nak jumpa sekarang ni kenduri kahwin masak seghamai,kalau ado pun dikampung2 didaerah Rombau, Pilah,Jelebu dan mungkin juo di Jempol. Yang masih ada secara gotong royong macam masa dulu pun mungkin di rancangan tanah Felda.
Gulai Janggek

Memang tekonang saya dengan kenduri kahwin ni, disobabkan masakan dan caro orang kampong bersamo-samo botungkus lumuih menjayokan kenduri tuan rumah.  Agak eh...bapa dan emak pengantin besungguh benar nak buat kenduri caro tradisi. Mungkin juga sepakat anak beranak, anak buah dan juga orang mondo dan semondo nak buat yang terbaik untuk pengantin. 

Yang pastinyo kali ini tumbang kobau jantan sekor. Kalau nak dikiro harga kobau sekor sekarang ni...mahu sampai 5 ribu atau 6 ribu sekor. Takpolah Rombau kobau masih banyak dipelihara orang sini. Daging kobau dibuat gulai masak lomak lada api. Perut, limpa, kitab dan tembusu buat rondang basah dicampur ghobong ..rebung. Umang eh...tak terkata sedap eh do...

Sebenar nya kenduri nyembolih kobau sekor, kalau kono gayo 2000 orang boleh makan. Tak payah lauk lain, macam-macam bolih dibuek dengan daging juga bahagian lain pado kobau. Kali ini sayo nak cerito pasal bahagian lain kobau yang bukan dagingnyo yang boleh dibuat lauk. Ramai orang sekarang tak tahu..lobih2 lagi orang muda dan anak-anak baik yang bosa dikampung, yang dibandar lagi lah tak tahu gulai ni.

Maklum dulu dulu makan daging ghayo ko ghayo jo. Juga bila ado kenduri kahwin atau ado orang kampong yang bhogolek nak nikahkan anak nyo. Dapeklah makan gulai daging. Kalau kerabat dokek pulak tu atau sesuku kato orang nogori..tetangkup periok belango 2 ko 3 hari. Sobab ado makan tanggung. Apo yang sayo nak cerito ni pasal "jangek". Ha!! tulah tak ponah dongar pun. Kono tanyo orang lamo. Gulai jangek lah yang paling "epic"  sekali dalam kelas nyo yang tersendiri.

Hari ni orang akan kato apo pulak itu yang dibuat lauk? Buek buang maso je...macam takdo bondo lain yang nak dimakan. 

Ialah kalau hari ni, bagi mereka yang tak tahu nak menilai sobab musabab nyo, tentulah pandang hina dengan gulai jangek.Maklumlah zaman sekarang ini " mesti ado lifestyle" gaya hidup yang "uptodate". Itu sobabnyo, rumah sekarang cantik-cantik, lantai berkilat-kilat, dapur macam ruang tamu. Kalau kabinet puluhan ribu, peralatan berjenamo mahal mahal.  Betol tak cakap saya...tapi tak pakai dan digunokan. Hanya untuk   pamiran untuk mempertahankan "lifestyle" nak makan tak payah masak, tapau atau makan kat luar. 

Itu sobab rugi ma'ameklah kalau tak poghonah makan gulai jangek. Tahun 50'an sampai 70'an inilah salah satu gulai yang selalu dimasak bila ado orang sembolih kobau. 
Ramai yang tak tau Gulai Jangek tu apa?…macamana rasa gulai tu…Inilah Gulai Jangek,salah satu masakan dari orang negeri .

Gulai Jangek merupakan salah satu resipi masakan yang asalnya dari nenek moyang kito di tanah minangkabau, Sumatera Barat. Memanglah, orang muda sekarang, terutama di Negeri Sembilan, tak berapo nak faham asal kito. Ratusan dahulu, itu kena ambik tahu bab sejarah itu penting. Tak apolah kita cerito bab gulai janggek dulu. Gulai Jangek menggunakan kulit lembu/kerbau sebagai bahan utama. Gulai ini dimasak bersama santan.dan rempah asli pedas  cara kitolah di Negeri Sembilan. 
  ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Erti loghat bahasa N9:
  • lopeh - lepas
  • poei - pergi
  • seghamai - bergontong royong - selalu tertumpu sesama dari kalangan suku.(Clan/Tribe) 
  • Dapeklah - Dapatlah
  • Terkonang - Terkenang
  • betungkus lumuih - bersungguh-sungguh
  • Orang Mondo - Orang Semondo - Berkait menjadi saudara sesuku melalui ikatan perkahwinan.
  • tumbang - dalam kontek bila binatang di sembelih.
  • Rondang (Ghondang) - rendang
  • Nyembolih - Meyembelih.

No comments: