Friday, February 13, 2009

Gula Anau - Raja Segala Gula.

Inilah pokok anau - Kata perpatah -petitih " saperti anau dalam belukar" tepat sekali kata orang tua-tua, lihat gambar tu... pucuk dialah yang paling tinggi. Gulanya memang sedap tetapi perangai seperti anau dalam belukar jangan di-ikut. Itu sikap penting diri sendiri!!

Guala anau gula melaka banyak beza. Gula anau adalah gula da
ri nira pokok anau yang banyak terdapat dikampong2. Inilah gula nira yang membezakan rasa pada kueh2, manisan serta bubur juga pengat orang Negeri Sembilan dengan masakan negeri lain. Bezanya bagai sungai dengan laut malah sedapnya kueh yang ada bahan gula anau memang tak dapat nak dipertikaikan.



Gambar sebelah kiri tu buah anau yang dah nak jadikan beluluk, yang satu gambar lepat ubi.
Sekarang ini ramai anak-anak tidak tau macam gula anau ini dibuat, malah kadang2 gula anau itu pun tak kenal. Kalau yang telah lama duduk dibandar lagi tak tahu, walaupun asal mereka dari Negeri Sembilan.
Walau pun zaman telah berlalu, namun gula anau masih lagi popular malah permintaan bertambah bila datang bulan puasa. Saya sendiri semasa zaman anak-anak juga remaja ketika emak masih ada, selalulah arwah emak buat kueh2 dan manisan serta bubur yang mana gula anau menjadi bahan yang amat penting. Kueh2 yang jarang sekali kita temui dizaman moden ini seperti, kueh sopang bersantan,lepat pisang, lepat ubi, kueh kelepong - semacam buah melaka tetapi saiznya kecil, kueh koci ori - bersantan, bubur "temandi" atau putri mandi, pengat pisang,keledek, labu,ubi dan banyak lagi kueh2 ber inti manis yang bahannya adalah gula anau.
Sekarang kalau adapun gula anau yang diusahakan ial
ah disekitar daerah Kuala Pilah, Jelebu,Rembau dan mungkin juga di Jempol. Tetapi sekarang ini nak mencari gula anau yang tulen 100% memang sukar sekali, selalu dicampur dengan lain2 gula. Maklumlah masa berubah dan pokok anau pun bukannya banyak lagi, hampir pupus ditelan pembangunan. Kerana sifatnya hidup melata,malah tiada usaha untuk menanam pokok anau. Malah hasil nira tidak lah banyak seperti dahulu, ini disebabkan perubahan cuaca, dulu dikampong tiada pencemaran malah suhu panas tidak seperit sekarang ini.
Disini ingin juga saya ceritakan bagaimana gula anau dijadikan. Membuat gula anau bukan satu kerja yang boleh dikerjakan oleh semua orang, mesti ada ilmunya, juga pelbagai pantang larang serta syarat-syaratnya.
Selalu di Negeri Sembilan, pembuat gula anau, juga digelar "menganau" atau " ngetuk anau". Selalu dilakukan sebagai kerja sampingan, buat menambah pendapatan. Bagi saya kalaulah ada usaha memajukan perusahaan gula anau s
ecara sistematik dan berskala besar - memang tentu dia akan jadi jutawan.
Bagaimana mereka yang mengusahakan gula anau ini lakukan. Selalunya mereka akan mencari dan memilih pokok anau mana yang telah mengeluarkan sulur tandan muda. Pokok mestilah sihat dan cantik daunnya. Pokok anau mestilah berjarak-jarak sekurangnya mesti lolos seekor kerbau diantara satu pokok dengan yang lain. Kalau tidak, mungkin air nira tidak banyak jadi usaha menjadi sia-sia.

Dibiarkan sulur tandan muda itu mengeluarkan putik buah yang menguning, tetapi jangan sampai putik tua menjadi beluluk, kalau telah jadi beluluk tak boleh lagi di ketuk atau diraih niranya. Jadi kalau sampai putik jadi tua buat belulut sahajalah yang dijadikan manisan yang ada juga menamakan buah kaling. Nak buat beluluk ni lain pula caranya. Nanti kita cerita pulak. Biar kita tumpu buat gula anau dulu.
Setelah dipilih tandan sulur muda, jadi untuk memulakan kerja hendak lah dibuat sigai buluh yang seakan tangga yang di-ikat ke pokok anau itu. Ini bagi me
mudahkan kerja mengetuk anau.
Ini lah gambar bagaimana mengambil nira dari pokok anau, dan tangga buluh itulah dinamakan "sigai".
Setelah sigai di pasang, maka bermula membela tandan yang akan menitiskan air nira, dengan serapah serta syaratnya maka diketuklah tandan sulur itu seolah membelainya dengan ketukan perlahan-lahan bagi melembutkan tandannya.
Ini perlu dilakukan setiap pagi dan petang untuk berberapa hari. Setelah tandan sulur ini telah sedia, dengan pisau yang tajam maka di potong lah tandan tadi, lalu di balut dahulu dengan kain atau plastik dibahagian yang dipotong, di bengkukkan kebawah dengan ikatan rotan agar nanti mudahlah nira menitik kedalam takungan.
Selang beberapa hari, diketuklah tandan itu, dihiris lagi agar segar torehan nanti nira terus menitis kedalam takungan. Begitulah di lakukan tiap hari pagi dan petang, diketuk-dihiris dan di takung niranya. Air nira yang dituai, daripada beberapa pokok anau yang lain, dimasak didalam kuali besi dengan api yang perlahan, setelah pekat nira itu maka dituangkan kedalam acuan yang dibuat daripada daun kelapa atau buluh yang raut nipis dan dibulatkan sekadar 3" diameter.
Gula anau yang telah cukup keras selepas disejukan di bungkus dengan daun kelapa kering dalam bilangan 5 keping setiap bungkus - di Negeris Sembilan dinamakan satu "turus". Maknanya se-turus ada 5 keping gula anau. Pada tahun 60an "seturus" 1 - Malayan Dollar sahaja. Sekarang harganya mencapai RM10.00 seturus. Saya rasa masih murah lagi, kerana kalau dikirakan betapa susahnya dalam menghasilkan gula anau ini harganya sepatut dalam lingkungan RM15-RM20 seturus lebih sekilogram beratnya.
Inilah satu-satu gula tradisi yang amat sedap dimakan dan kalau dibuat sebagai bahan manisan untuk kueh2, bubur serta pengat tak tergambar enaknya. Aroma yang terhasil dari kueh mueh campuran gula anau begitu jauh lebih wangi dan menyelerakan jika dibandingkan dengan gula yang lain seperti gula melaka, gula kabung, gula nipah dan gula tebu merah memang bukan tandingan kepada gula anau dari Negeri Sembilan.

Masa dibuat disekitar daerah Kuala Pilah, Rembau dan Jelebu. Kalau di Kuala Pilah di Juasseh Ulu, Pasir Ambor dan sekitar. Selalunya boleh juga kita dapatkan di Bazar Kuala Pilah atau  di Pasar Besar, Kuala Pilah. Malah kadang ada dijual sepanjang jalan, digerai MDKP atau gerai2 tepi jalan antara Kuala Pilah Ke Seremban.
Ada juga terdapat di Mukim Ulu Jempol. masih ada lagi orang kampong yang buat usaha gula anau. Ini dikampong Padang Lebar, Kg Jerjak, Kg Keru, Kg Tapak, Kg Ghalib, Kg Majau, Kg Kota dan Kampong Tengkek.

Selalunya kita kena pesanlah, awal-awal. Cuma pengusaha gula anau ini, payah nak berjanji ada atau tidak anau. Sebab jarang mereka nak terima tempahan atau cengkeram, ini salah satu pantang larang orang yang mengusahakan gula anau. " Ado Joki adolah, nak berjanji dan cengkoram ese tak dapek do" itu kebiasaan ungkapan orang yang mengusahakan gula anau. Maklumlah nak "ngotok" bukan kerja mudah. Memang susah.


4 comments:

Anonymous said...

Dekat mana ada jual gula nie ye,.,.,.???
Harap dapat info,.,.

Anonymous said...

Di mana boleh dapat gula nie???
Saya nak beli jika ada yang jual nye?
Harap dapat info??

Anonymous said...

Dimana boleh dapat gula anau nie???
Saya nak beli jika ada yang jual???
Harap dapat info???

REDSOUNDSYSTEM said...

Salam,berminat untuk beli secara boring boleh hubungi saya 01123542275